Monday, April 08, 2013

Cantik...Buat Kenangan... Lama Tak Jumpa

Salam...

Agak lama tidak mengupdate blog...entah apa2 kerja yang dilakukan.
Terima kasih buat semua rakan2 yang sudi singgah.

Selain dari tetamu yang berkunjung ke rumah saya sibuk menghadirkan diri ke majlis kenduri kahwin. Bawa tetamu dari Johor jalan2 ke shopping komplek Paradigm, Ikea dan Ikano. Paling best kami pergi berkelah ditasik Kelana Jaya. Bentang tikar makan mengadap tasik, nyaman sangat dengan angin sepoi2. Bawa bekal dari rumah...saja suka2...nak tukar angin bersarapan diluar. Petang pergi makan meatball di Ikea.

Hari Sabtu dan Ahad sibuk dengan kenduri kahwin. Macam2 menu ada tapi yang paling best makan Nasi Arab. Menu kegemaran...penuh satu pinggan hehehe...

Goodies yang saya dapat dari kenduri kahwin...


potpuri...gantung kat almari


dalamnya ada sweet


mangkuk kaca

ada sapu tangan dalam mangkuk

bunga telor


 diisi gula2



Simpan buat kenangan.....

9 comments:

sal said...

cantik2...suka tengok...

:: Cik Viva :: said...

suke yang bunjut tu...

Acik Erna said...

assalam zai..cantik2 kan..dah macam2 rupa orang bagi cenderahati masa kenduri kawen sekarang ni

Nieda ramly said...

banyak pilihan utk goodies . cantik2.

Nur-nba said...

Cantik2 buah tangan... Kalau dulu popular uncang2 kecil berisi gula2..

Kamariah Awang said...

Saya berkenan yang angsa tu...

lady lavender said...

Dah mcm rupa buah tangan kenduri zaman sekarang. Semua cantik2. Bakal pengantin & keluarga pun agaknya pening & rambang mata nak pilih yg terbaik.

che mid said...

Setuju dengan Lady lavender.. rambang mata tuan rumah memilih buah tangan.. nak ikut konsep lagi, warna dan harga yang bagaimana pilihan hati..tapi bagi Che Mid bila ada banyak buah tangan yang sama memang cantik dan menarik, tapi bila satu je.. mula le terfikir apa nak buat ni.. dibuang sayang, disimpan lama-lama jadi perangkap habuk..

Wan Tasya said...

boleh tau harga untuk magkuk kaca tu