Friday, February 22, 2013

Tanda Terima Kasih....

Salam....

Salam Jumaat buat rakan2 blogger saya semoga sihat dan ceria2 selalu. Terima kasih buat yang sudi singgah dan yang meninggalkan comment. Belum berkesempatan untuk membalas comment dan BW. In Shaa Allah bila kerja2 yang masih berbaki selesai akan berkunjung ke N3 rakan2 semua. Banyak cerita yang saya tertingal begitu pun sempat juga saya mencuri2 masa untuk membaca tapi tak sempat untuk meninggalkan jejak. Maafkan saya.....

..............................................................



Zaman sekarang setiap kenduri wajib ada buah tangan atau dipanggil goodies yang diberikan pada tetamu yang hadir. Pemberian itu tanda terima kasih bagi yang berkunjung ke setiap kenduri yang dihadiri. Tak ketinggalan saya juga menyediakan untuk tetamu yang hadir semasa majlis pernikahan anak tempohari.

Masa perbincangan dengan hubby saya mencadangkan nak beri cenderamata pada tetamu, malas nak isi segala benda dalam palstik. Tapi hubby nak juga buat sebab katanya tak seronok pula kalau tak ada makanan atau jajan untuk diberikan. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk memberikan dua2 sekali dan buat kanak2 pula kami sediakan gula2 lollipop.

Inilah cenderamata dan goodies yang kami sediakan untuk tetamu.


potpuri dalam mangkuk kaca

dua bentuk kaca

masih wangi sampai hari ini

beg goodies

isi beg tu ada air kotak, limau dan kuih bahulu


Gula2 lollipop tak ada gambar sebab cepat sangat habis. Kanak2lah katakan ada yang nak lebih sebab ada macam2 bentuk. Gambar kat bawah ini saya ambik dari google.







Semua barang dibalut dengan pembalut berwarna hitam dan putih sebab itu adalah warna kegemaran anak saya. 





11 comments:

Sue @ Nenie said...

Alhamdulillah..semua sudah selamat dan sekarang Akak dah pun boleh menarik nafas lega....Cantik goodie tu...

makchaq said...

Alhamdulillah semua dah selesai.. Tak sempat nak komen masa entri pengantin, baca kat gadjet kecik, susah nak menaip...

Cantik menantu kak Zai.. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga..

Nieda ramly said...

untung tetamu dpt dua2 . alhamdullillah.

sal said...

Brseri..dan wangi..nak menyediakan memakan masa juga.kan...

saniah said...

Bekas potpuri comel...blh letak meja sebelah kati kan....mesti tetamu berbesar hati dpt beg goodies...potpuri...hemm
Bukan bdk2 je suka sweets ni...org tua pun suka...hehe

Acik Erna said...

assalam zai..cantik cenderahati yang zai sediakan untuk tetamu

IndaMarya said...

Zai, saya dah lalui pengalaman ni 2 kali .masa nak siapkan bnda2 ni memang seronok kan? walau penat tapi best sangat.lepas tu hari kawin kita letak, atur elok ja.npak cantik..bagi kat tetamu tengok mka masing2 senyum ja..puas hati.

ibuintan said...

cantik bekas kaca tu Kakzai... tentu seronok tetamu yg menerimanya

azi said...

Salam kak zai..
cantiknya mangkuk kaca tu akak...mesti semua tetamu suka dapat bekas tu...:)

Kamariah Awang said...

Alahai, ma ketinggalan kot n3 dapat menantu... Isy3x... Nampak gaya kena reverse semula cari n3 yang ketinggalan tu. Apapun tahniah, Zai dapat menantu... Cantil goodies tu, tentu mahal...!

azieazah said...

Oh tema hitam putih ya... Ada gambar pengantin?

*Maaf saya terlepas jika sudah ada entri itu.