Wednesday, March 05, 2014

Happy Birthday.

Salam....

Salam rindu dan salam sayang buat semua...apa khabar? saya sentiasa mengikuti cerita rakan2 semua cuma kadang2 tidak meninggalkan jejak. Seronok baca N3 rakan2 semua tapi saya sendiri malas nak mengupdate. Banyak yang nak diceritakan tapi susah nak buang penyakit malas. Nanti kalau rajin saya akan update cerita yang dah basi itu pun kalau ada orang yang nak baca hahaha....

Hari ini nak buat N3 birthday adik. Orangnya jauh tak dapat nak celebrate sama2 cuma ucapan dari jauh saja yang dapat disampaikan itu pun awal 8 jam dari waktu disana. Nak tunggu lambat sangat wish aje asal dia tahu mama dia disini sentiasa ingat akan tarikh keramat itu.

Hari ini umur adik genap 18 tahun...dah besar anak mama. Mama, baba, abang dan kakak ucapkan SELAMAT HARI JADI buat adik. Semoga adik sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang membanggakan seisi keluarga. Mama doakan juga semoga adik sentiasa diberkati dan sentiasa dalam rahmatNya, amin.

Gambar yang dihantar cukup banyak tapi nak kongsi sebahagian saja...


Stonehenge


Trafalgar Square


Buckingham Palace bersama besan


zoo...kat belakang ada kangroo


Madame Tussauds





kegilaan adik... disana pakaian berjenama cukup murah jika dibandingkan dinegara kita.


p/s lari sikit dari tajuk....Adik terkilan sebab di Westminster Abbey tak boleh tangkap gambar, sudahlah tiket nak masuk cukup mahal. Disitu adalah tempat Lady D dan Prince William kahwin, makam Queen Elizabeth 1 Queen Victoria, tempat orang naik takhta, tempat makan saintis dunia, Isaac Newton, Chales Dicksen, King George, King Henry III. Merangkumi semua tempat monarchy diraja dari tempat naik takhta, kahwin sampailah tempat pengkebumian.


HAPPY BIRTHDAY SAYANG......






10 comments:

JaSSNaNi said...

Salam kenal.. saya follow sini.. :)

>> selamat hari lahir buat adik <<
bestnye... adik study kat sana ke? syok dok negara org.. comel sangat adik.. muda2 dah dok oversea..

Nieda ramly said...

lama aDIK di sana.
puas meronda satu london

Irfa said...

happy bday buat anak dara akak
rindu nak ke london lagi, pegi dulu anak satu.nak pegi lagi tggu anak2 besar lah kot

Kakzakie said...

Happy birthday adik...
Amboi tak balik lagi ye dik. Tak lama lagi result SPM keluar baru adik balik ye..

Mak Su said...

stonehenge! wow

happy birthday adik :)

Mak Long a.k.a Kunang-kunang said...

Salam Zai,

Cantik gambar2 yang dikongsikan.

Di sini maklong juga ingin ucapkan selamat hari lahir pada adik semoga berjaya segala yang dicita-citakan

ummiross said...

aamiin..aamiin..moga Allah perkenankan doa Kak Zai.

Happy birthday adik..
Seronoknya dik jalan-jalan, shopping sakan lagi.

:: Cik Viva :: said...

Happy Birthday...best lau dpt pg london..huhu

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Chestha Ginanzar said...

Cara Mudah Temukan Rumah Dijual / Disewa Disini
Sewa Apartement
Perumahan Baru