Salam Jumaat yang barokah buat semua. Terima kasih buat semua rakan2 yang mendoakan adik saya hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
.....................................................
Alhamdulillah setelah lebih sebulan saya mengamalkan pil ini tapak kaki saya tidak lagi sakit. Kalau dulu bila nak berjalan terasa macam memijak kaca atau duri. Macam2 telah dicuba termasuk mengamalkan suppliment yang sememangnya diambil sejak sekian lama. Bila sudah tidak tertahan akhirnya saya berjumpa dengan doktor.
Selain dari ubat yang dibekalkan doktor menyarankan saya untuk membeli Neurorubina Forte difarmasi. Mulanya saya agak ragu2 sebab sebelum ini saya amat2 mengamalkan suppliment kenapa nak tambah dengan produk yang saya tidak pasti. Bila dah makan dan berkesan saya berani rekemen pada yang menghadapi masaalah macam saya. Pil ini bukan ubat tapi vitamin darah. Ianya sungguh baik bagi yang mengidap sakit saraf.
Saya juga sudah lama mengamalkan OsteMatrix dan Joint Health Tablet produk Shaklee. Selain ubat2an dan suppliment exersice dan turunkan berat badan adalah salah satu perkara yang sangat baik jika boleh dilakukan.













