Assalamualaikum...
Bersiaran dari Kota Baharu.
Petang semalam jenjalan ke Rantau Panjang. Hari hujan tak dapat nak ambik gambar. Dalam hujan pun ramai juga orang. Bukan saja cuti sekolah hari biasa pun ramai orang. Kereta dari Thailand pun banyak yang keluar masuk.
Dah sampai tempat barang2 free duty beli ajelah untuk pakai sendiri. Hubby pulak tak kisah ambiklah mana suka. Saya beli satu pan ajaib Vintage nak hadiahkan pada adik yang sakit. Sebenarnya nak bagi dia ceria tapi menurut anak buah yang baru jumpa adik semakin kurus dan murung aje.
Beli juga satu comforter nak hadiahkan pada seseorang. Baru pergi satu tempat nampaknya boot kereta dah penuh. Nasib baik tempat duduk belakang tak ada penumpang bolehlah diletakkan barang2 yang dibeli.
Lepas ini nak pergi wakaf cek yeh tempat ini hidup waktu malam. Belum tahu apa yang nak dicari. Tempat wajib pergi kalau datang Kelantan sudah pasti Pasar Khadijah. Sebut pasar ini mesti macam2 ada kan. Saya suka pergi pasar ini sebab banyak barang yang boleh kita dapat. Makanan, pakaian, peralatan dapur dan macam2 lagi. Dan yang seronok kebanyakkan peniaganya kaum perempuan. Kalau boleh rasa nak angkut semua barang yang ada disini.
Gambat terbalik Kalau nak tengok kena terbalikkan hihi...
Restoren Rangnok...
Tempat saya makan semalam dari Rantau Panjang nak ke Kota Baharu. unik dan masakkannya sedap.
Monday, January 18, 2016
Saturday, January 16, 2016
Tak Cukup?
Assalamualaikum...
Kadang2 ada masanya naik angin juga dengan kerenah anak. Mentang2 dia rasa anak bongsu abang dan kakak sudah bekerja bolehlah dia manja lebih2. kalau berbelanja biarlah berpada2 jangan bagi alasan semua makanan mahal. Cuba sesekali belajar makan digerai taklah belanja rm1000 sebulan kata tak cukup. Itu belum duit dari abang dan kakak. Hanya untuk makan sewa rumah setiap tiga bulan sudah dilangsaikan. Segala minuman dan biskut sudah disediakan setiap bulan.
Makan direstoren mahal bukan tak boleh tapi cuba pandai mengatur belanja. Ini tidak bila tak cukup whatsapp. Si ayah pulak jenis manjakan anak. Bukan anak gunakan duit untuk benda yang tak elok cuma untuk makan lagi pun abang ada duit nak bagi bukan ramai dia sorang aje lagi. Itulah jawapan siayah bila saya membebel.
Bila hati dah sejuk menyesal pulak marah2. Bila abang atau kakak belanja makan kat luar adik tak dapat joint, bila kumpul ramai2 kat rumah saya masak special sikit adik tak dapat turut serta. Hanya bila cuti adik balik baru dapat rasa masakan air tangan mama. Akhirnya mengalah juga biarlah siayah penat bekerja untuk keperluan anak2. Ada duit banyak pun tak guna kalau tak bahagia. Mana tahu dimasa akan datang segala jasa ibu dan ayah dibalas dengan baik.
Walau apa pun adik seorang anak yang baik, penyayang dan alhamdulillah segala suruhan tidak pernah diabaikan.

Friday, January 15, 2016
Kuih Bokor
Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat rakan2 semoga apa yang kita akukan hari ini lebih baik dari semalam dan diberkati Allah swt.
Kawan2 pernah tak makan kuih bokor? Kuih ini adalah kuih traditional orang Kelantan. Ia diperbuat daripada ubi kayu. Rasa dia sedap ada rasa lemak2 manis. Santan dia tu yang buat rasa sedap pekat betul.
Menurut kawan saya tuan rumah yang saya kunjungi ubi tu diparut kemudian ditapis campur dengan gula, masukkan sedikit air pandan biar nampak cantik dan harum lepas itu dikukus. Kuahnya pulak pati santan dicampur dengan tepung ubi dan sedikit garam kemudian dimasak atas api biar pekat. Bila nak makan potong kuih tadi dan campur dengan santan. Itulah namanya kuih bokor.
Kalau kawan2 nak mencuba bolehlah tapi jangan tanya saya sukatan sebab menurut kawan saya dia buat main campak2 aje hehehe....

Wednesday, January 13, 2016
Baru Bercadang
Assalamualaikum...
Sudah bercadang dari tahun lepas lagi tapi tertangguh disebabkan sahabat hubby dari UK datang. In syaa Allah sudah membuat keputusan untuk pergi ke Turki tahun ini tapi kena mengikut jadual cuti siadik dan keadaan cuaca disana. Kami bercadang untuk ke sana pada bulan oktober nanti.
Tiba2 semalam Istambul kena bom betul2 didataran Masjid Biru. Masjid setiap orang yang pergi wajib singgah dan menunaikan solat sama ada fardu berjemaah atau pun solat sunat. Sesiapa saja yang melancung sama ada ke Turki atau ke Istambul memang disinilah tempat wajib singgah. Kawasan ini juga terdapat Hagia Sophia yang dulunya gereja ditukar masjid dan sekarang dijadikan muzium.
Hati sudah mula takut walau pun jangka masa nak pergi agak lama lagi. Ticket pun masih belum dibooking. Masih mencari info2 yang boleh dijadikan panduan. Ada juga N3 cuti2 Turki yang sudah saya baca termasuk mencari pakage yang harganya berpatutan. Mudah2an ianya tidak akan berulang lagi dalam masa yang terdekat ini.
Terfikir pulak masa kami bercadang nak ke Beijing dua tahun lepas pun ada kejadian. Kisah MH370 yang hilang. Nasib baik tak booking tiket lagi. Kami memutuskan percutian ditukar ke Perth. Bila sudah booking tiket MH370 dipercayai terhempas dilaut China Selatan pula. Teruskan juga percutian walau pun waktu itu Perth menjadi tumpuan. Alhamdulillah percutian kami selamat. Beijing sudah tidak lagi termasuk dalam senarai percutian.

Monday, January 11, 2016
Tolong Doakan Ya.
Assalamualaikum...
Saya nak minta tolong kawan2 doakan untuk ringankan penyakit adik saya. Doktor telah sahkan beliau mengidap cancer payudara. Minggu depan bermulalah sesi kimoterapi. Semua sedia maklum kesan menjalani kimoterapi. Selain dari rambut yang gugur badan juga akan jadi lemah dan tidak bermaya. Saya berharap semoga adik saya kuat semangat dan tabah untuk menghadapinya.
Terima kasih buat semua rakan2 atas doa kalian.

Friday, January 08, 2016
Pengalaman Ngeri.
Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua rakan2 yang saya kasehi. Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini mendapat keberkatan dari Dia Yang Maha Agong.
Pengalaman Mimi naik kapal terbang yang berlegar2 diruang udara dan ditukar pendaratan disebabkan cuaca buruk bulan lepas membuatkan dia sangat fobia untuk menaiki kapal terbang buat ketika ini. Bila diberitahu ada tugasan yang perlu dilakukan diJohor Baharu hati sudah gundah gulana. Menolak memang tidak boleh kerana ini adalah satu tugasan. Berada didalam mahkamah tidak memerlukan masa yang panjang cuma ianya akan berulang kalau tidak dapat diselesaikan hari itu.
Nekad dengan perasaan yang bercampur baur akhirnya dia setuju. Tugasan cuma satu hari pergi pagi balik petang. Pukul 5 pagi telah bertolak ke lapangan terbang. Dalam taxi sentiasa berdoa agar perjalanannya selamat dan dipermudahkan. Alhamdulillah Mimi selamat tiba di Lapangan Terbang Senai, Johor. Bertambah gembira bila bodyguard dan driver telah siap menunggu kedatangannya. Pukul 8 malam Mimi telah berada dirumah semula.
Saya dan hubby tergelak besar bila Mimi bercerita bagaimana dia berada dalam kapal terbang. Hubby cakap macam tak pernah naik kapal terbang. Masa nak masuk dalam kapal tu tangan dah mula sejuk. Time take off perut bergelodak rasa macam nak muntah. Tangan memegang kuat tempat duduk dan mata dipejamkan. Bila sudah mendarat segalanya dalam keadaan baik. Mungkin disebabkan emosi yang membuatkan rasa tidak selesa.
Syukur masa nak balik segalanya dalam keadaan baik.
Dilapangan kapal terbang Senai.

Thursday, January 07, 2016
Laut.
Assalamualaikum...
Kawan2 semua kalau nak lepaskan perasaan suka kat mana? Mungkin ada yang suka memandu kereta laju2 atau duduk dalam bilik sorang2 dalam keadaan gelap. Ada juga yang suka masuk hutan boleh tengok unggas dan pokok2. Bagi saya pula laut adalah tempat yang paling bagus untuk melepaskan perasaan sama ada suka duka atau apa saja. Bila pandang laut hati rasa tenang tapi bila ianya bergelora terasa takut pula.
Saya suka memandang laut sejauh mana laut tu terbentang. Memang tidak akan ada tepian. Sepi rasanya bila dia memukul pantai tambah lagi dengan keadaan langit yang mendung. Awan gelap mula berarak seolah2 memberitahu pertukaran waktu akan tiba.
Laut juga memberi rezeki kepada nelayan. Kalau yang punya bot besar bolehlah ke tengah lautan dan pendapatan pun lebih lumayan berbanding dengan nelayan yang hanya punya bot kecil. Apa pun semua rezeki telah ditentukan Yang Maha Esa.
Kawan2 semua kalau nak lepaskan perasaan suka kat mana? Mungkin ada yang suka memandu kereta laju2 atau duduk dalam bilik sorang2 dalam keadaan gelap. Ada juga yang suka masuk hutan boleh tengok unggas dan pokok2. Bagi saya pula laut adalah tempat yang paling bagus untuk melepaskan perasaan sama ada suka duka atau apa saja. Bila pandang laut hati rasa tenang tapi bila ianya bergelora terasa takut pula.
Saya suka memandang laut sejauh mana laut tu terbentang. Memang tidak akan ada tepian. Sepi rasanya bila dia memukul pantai tambah lagi dengan keadaan langit yang mendung. Awan gelap mula berarak seolah2 memberitahu pertukaran waktu akan tiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)