Terima kasih buat semua rakan2 yang comment n3 saya. Kepada semua yang ingin menjadi tetamu saya dialu2kan. Boleh aje kalau nak makan nasi Arab atau apa2 yang termampu boleh saya berikan.
N3 lepas saya ada memberitahu ada lagi tetamu yang akan datang ke rumah saya. Alhamdulillah mereka telah selamat tiba setelah 14 jam dalam penerbangan. Kedua2 orang tetamu saya adalah isteri kepada sahabat hubby semasa menuntut di UK. Salah seorang pernah menetap diMsia selama 18 tahun kerana mengikut suami orang Msia tapi kembali semula ke negara asalnya. Tiga tahun lepas suaminya telah pun meninggal dunia diMsia
Hari pertama dan kedua tak pergi ke mana2. Duduk kat rumah saja lagi pun mereka masih penat. Hari ke tiga baru saya bawa mereka jalan2 utara. Singgah Kelley' s Castle kemudian teruskan perjalanan ke utara. Selepas melancung diutara saya bawa mereka ke selatan tanah air pulak. Disini kami berjimba bersama anak2. Percutian ke Johor Baharu dan seterusnya ke Melaka. Bila ramai yang turut serta percutian menjadi lebih meriah.
Dapat pergi Legoland, tempat2 sekitar berhampiran dan jalan2 bandar. Bawa mereka makan dekat Restoren Singgah Selalu. Di Melaka juga sama jalan2 tempat sejarah, makan dan shopping. Banyak barang yang mereka beli diDataran Pahlawan untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Hubby ambil cuti selama 10 hari manakala anak2 pula buat cuti tambahan weekend. Semalam mereka telah selamat pulang ke UK setelah 14 hari bersama saya. Bersyukur sesangat dapat memberikan mereka keseronokan cuti2 Msia walaupun pada asalnya mereka hendak tinggal dihotel. Jika saya pula hendak ke UK rumah mereka menanti kedatangan saya sekeluarga selain ada rumah anak disana.
Maaf...semua gambar ada ditangan mereka dan anak2.















