Malam ni adik akan terbang bersama keluarganya melancong ke destinasi yang agak jauh sedikit dari sebelumnya. Sudah beberapa kali keluar negara tapi kali ini percutian atas sebab pencapaian peperiksaan yang diraih anak. Baru2 ini anak bongsunya sekali lagi mengikut jejak abang dan kakaknya mendapat 5 A dalam peperiksaan UPSR.
Semasa anak pertamanya mendapat 5A dalam UPSR mereka terbang ke Australia, anak kedua pula mereka terbang ke Bandung dan kali ini mereka akan ke Dubai. Sebelum ni dah banyak kali melancong keluar negara tapi 3 percutian ini adalah hadiah atas sebab keputusan cemerlang peperiksaan anak. Selain dari percutian anak2 juga diberikan handphone yang boleh dikatakan up to date, motivasi supaya anak2 lebih gigih belajar sejajar dengan pemberian yang diterima. Itu belum dicampur dengan pemberian ahli keluarga yang lain. Kalau dinilai dengan mata wang sudah mencecah ke 4 angka.
Alangkah seronok dan bertuahnya budak2 sekarang jika dibandingkan dengan budak2 dahulu kala. Saya masih ingat kalau ada diantara kami adik beradik yang mendapat keputusan yang cemerlang ayah atau mak tak pernah bagi apa2 hadiah cuma seingat saya mak akan masak pulut kuning berserta rendang ayam atau daging untuk dimakan seisi keluarga. Saya tak salahkan mereka sebab ketika itu ayah hanya seorang pekerja lombong dan mak pula hanya suri rumah. Adik beradik seramai 7 orang dan arwah opah dan atuk tinggal bersama kami sebab ayah adalah anak sulong. Dengan gaji yang tak seberapa mana mungkin kami mendapat hadiah apalagi bersenang lenang untuk bercuti. Tapi alhamdulillah dengan semangat yang diberikan kami adik beradik dah mampu untuk memberi apa saja yang diperlukan oleh anak walaupun tak semua dari kami yang mampu memberikan hadiah seperti yang diberikan adik kepada anak2nya. Sudah cukup kalau kami dapat pergi melancong dalam negeri dan memberi hadiah yang termampu kepada anak2. Apa pun saya cukup bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kami adik beradik.
Happy holiday buat Naqib, Marsya dan Azalea.
Friday, November 26, 2010
Wednesday, November 24, 2010
Celoteh Ibu Dan Anak
t.shirt semasa meyertai tunas budaya.
Mama : kenapa adik pakai baju tu?
Adik : Rindu...
Mama : Nak joint balik ke?
Adik : Nak ke pak ngah (dato' Suhaimi) terima adik, adik dah bertudung.
Mama : Ha'ah... mana ada penari pakai tudung kan, selalunya penari bersanggul lepas tu rambutnya dihias dengan bunga atau perhiasan rambut.
Adik : Tu la.
Mama : Menari ajelah kat rumah.
Adik : Tak best, not in group.
Mama : Kalau gitu lupakan aje lah.
Alahai anak... rupanya ada lagi terselit keinginan tapi disebabkan kuatnya iman aurat tak mahu didedahkan dan keinginan itu dipendamkan. Tak macam si ibu semasa bersekolah di form 5 masih lagi memakai skirt dan bila dirumah memakai seluar pendek. Disebabkan dah terbiasa dengan pakaian sebegitu makanya ia berterusan sampailah umur si ibu puluh2. Syukur... anak2 begitu cepat mendapat hidayah dan kalau dizinkan Allah biarlah ia berterusan sampai bila2, insyaAllah.
Monday, November 22, 2010
Byeeeeeee..............
Salam semua lama tak update blog busy dengan kerja harian, mengalahkan isteri2 atau ibu2 yang bekerja. Sebenarnya sibuk sikit berulang alik ke hospital buat rawatan kebas tangan, mudah2an selepas ini tak ada lagi masaalah berkaitan dengan tangan atau pun kaki, insyaAllah.
Hari Sabtu kami adik beradik kumpul lagi sebab salah seorang anak buah posting ke Sarawak. Dia akan memulakan tugas sebagai guru disana tak lama lagi. Sedih juga sebab dia adalah salah seorang anak buah yang sangat prihatin dengan keluarga. Kalau ada diantara kami yang memerlukan tenaga untuk apa saja dialah yang paling ringan tangan untuk membantu sebab itulah dia menjadi cucu kesayangan ayah.
Mak dia lagi sedih sebab tak lama lagi adiknya akan melangsungkan perkahwinan, banyak kerja2 yang dia boleh bantu. Kalaulah pemergiannya boleh ditangguhkan alangkah seronoknya lagi pun sekolah lama lagi baru dibuka tapi apakan daya terpaksa mengikut arahan dari kementerian.
Kalau dulu semasa dia menuntut di UPSI setiap 2 minggu dia akan balik kerumah atau ada diantara keluarga yang menjengah tapi selepas ini mungkin dia akan merasa kesunyian. Apa2 pun kami harap dia akan selesa tinggal disana sebab dari kecil dia tak pernah berpisah lama atau pun jauh dari keluarga.
Harapan kami...jadilah seorang guru yang berdedikasi.

Friday, November 12, 2010
Arahan.... Atau.... ????????
Ubat darah tinggi............. wajib makan.........arahan doktor.
Vitamin............ wajib makan ..........arahan suami.
Kalau tak makan .......nanti jatuh sakit.
Kalau disengajakan............. cari pasal .........menyusahkan ramai orang.
Kalau ibu sakit.......... banyak benda yang terlibat.
kerja rumah.......masak.......keperluan suami........tanggung jawab pada anak.......
Kalau suami atau anak yang sakit ???????????????
p/s : Sebelum ni saya pernah makan 19 biji vitamin setiap hari sampai rasa nak termuntah.
Tapi hari ini sebanyak itulah yang termampu.
Wednesday, November 10, 2010
Pernah...Tahu...
Pernah tak nampak benda ni? tahu tak kegunaannya?
Ini adalah bekas yang digunakan untuk memasak nasi. Pada 10 october yang lepas anak buah my hubby melangsungkan perkahwinan, mereka bergotong royong memasak dan menggunakan alat ni untuk memasak nasi. Saya pun first time tengok, kira jakun jugalah.
Lambat saya masukkan dalam n3 sebab blog lama saya punya masaalah. Sekarang dah buat blog baru dapatlah saya masukkan, kiranya cerita dah basi lah.
Monday, November 08, 2010
Program Hari Cuti
gambar diatas adalah gambar Masjid Besi dan sekitarnya
Hari Sabtu kami menghadiri 3 kenduri kahwin, satu di Puchong, satu di Putrajaya dan satu lagi di Kinrara. Mulanya nak juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ezza@makcikblogger tapi dah kesuntukan masa. Kenduri diPuchong makan sikit aje kononya ada 2 lagi tempat nak pergi, tapi akhirnya semua pun tak berapa lalu nak makan sebab hari pun terlalu panas membuatkan kurang selera makan.
Lebih kurang pukul 3 petang kami balik kerumah lepas tu bersiap pula untuk ke rumah anak buah di Setiawangsa. Kakak Saya dah tinggal dengan anak buah, alhamdulillah buat masa ini anak buah saya yang pernah saya ceritakan dulu sihat dan dia mengajak maknya tinggal bersama dia. Kami sampai dah dekat maghrib, selesai solat kami ke Melawati untuk menjamu selera.
Malamnya kami bersembang dari satu topik kesatu topik, saya rasa seronok sangat sebab saya lihat ada kegembiraan pada kakak dan anak buah saya. Syukur pada Allah memberikan kesihatan pada mereka dan saya mengharapkan agar ianya berpanjangan. Besok petang baru kami balik dan sekali lagi anak buah saya membawa saya makan di luar dengan makanan yang cukup menyelerakan. Terima kasih diatas layanan yang diberikan.
Wednesday, November 03, 2010
Kenangan....
Sekarang musim orang pergi haji, bila ada saudara mara atau kawan2 yang pergi pasti saya akan ke Kelana Jaya.Tiap2 tahun rutin yang sama, seronok tengok gelagat orang2 yang mengiringi keluarga mereka yang nak pergi ke Mekah. Bagi mereka2 yang dah pernah pergi memang tak dinafikan keseronokannya, membuat ibadah tanpa ada gangguan, tak payak buat kerja rumah cuma yang perlu dilakukan hanyalah ibadah.
Kalau disana kita akan jumpa orang memakai berbagai2 pakaian tapi kebanyakkan yang datang dari Malaysia dan Indonesia selalunya memakai telekong sebagai pakaian ibadah mereka.Terdapat juga orang2 yang memakai jubah tapi yang membuat saya terpikat ialah stokin yang dipakai oleh orang2 Turki (kalau saya tak silap). Berbagai2 warna ada dan saya diberitahu stokin2 ni mereka buat sendiri dan memang cantik sekali.
Semasa di Madinah seorang dari jemaah mendapat hadiah stokin dari seorang perempuan Turki. Dalam hati saya bertuahnya kalau saya juga dapat hadiah sebegitu. Bila sampai di Mekah lagi ramai yang memakai stokin sebegitu rupa. Satu pagi selepas solat subuh saya dan anak perempuan saya melakukan Tawaf sunat, tiba2 se seorang merapatkan diri kepada saya lalu memegang tangan saya, dia menggenggamkan sesuatu ketangan saya, Saya hanya senyum dan mengangguk2kan kepala sambil tu masih lagi melakukan Tawaf. Setelah beberapa waktu dia pun hilang dari pandangan disebabkan orang yang semakin ramai. Habis 7 pusingan saya melakukan solat sunat dan selepas tu saya membuka plastik yang diberikan seseorang tadi. Bila saya buka alangkah terkejutnya saya barang yang diberikan itu ialah stokin yang saya idam2kan.
Betapa Besar dan Agongnya Dia, sesiapa saja yang meminta akan diberi walau tanpa disuarakan. Dia tahu suara hati kita, sememangnya Kau Maha Besar... Maha Agong... Maha Mengetahui.. . Balik ke hotel saya tunjukkan pada hubby dan ia membuatkan airmata saya berguguran....Syukur Alhamdulillah.....
Sampai sekarang stokin tu masih dalam simpanan saya dan bila rasa rindu saya akan buka dan cium.
Subhanallah...

Subscribe to:
Posts (Atom)