Tuesday, October 29, 2013

Ucapan dari Jauh.

Salam

Semalam hari jadi hubby tapi kali ini disambut bersama cucu pada hari ini mengikut waktu UK. Saya dan anak2 yang lain cuma menghantar ucapan dari jauh.

Selamat hari lahir buat my hubby semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

We love you forever and have a great day.....


ihsan dari google

Kongsi gambar cucu...


video


Entah apalah yang disembangkan dengan Grandpa dia tu.

Sebelah kanan tu besan saya

Friday, October 25, 2013

Bukan Rezeki.

Salam...

Debaran bertambah kencang bagi murid tingkatan lima sebab tak lama lagi mereka akan menghadapi peperiksaan SPM. Kalau saya tak silap exam bermula pada 6hb Nov ini, hanya beberapa hari saja lagi. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan.

..............

Semalam adik balik dari sekolah nampak muram aje. Bila masuk rumah saya tanya... kenapa?

Adik: manalah adik tak marah dan kecik hati ma...orang lain yang bersusah payah tapi orang lain yang dapat anugerah dan hadiah.

Saya: Anugerah...hadiah?

Adik: Adik dan 3 orang lagi kawan yang pergi dalam pertandingan tu...last2 kita orang tak dapat apa2 pun.

Ceritanya begini...

 Adik dan 3 orang kawannya menggantikan murid (bidan terjun) yang sepatutnya pergi ke sebuah sekolah untuk pertandingan dalam satu persatuan. Sampai ke sekolah yang ditempatkan terdapat ramai murid dari luar daerah yang turut menyetai. Sangkaan mereka cuma biasa2 aje tanpa ada persiapan. Disana mereka dikehendaki masuk ke dalam dewan seolah2 menghadapi peperiksaan. Kerusi dan meja disusun satu2 dan murid yang datang dari satu sekolah diasingkan duduk jauh2. Kata adik ada 60 soalan untuk dijawab. Dengan ilmu yang samar2 dia menjawab ke semua soalan.

Rezeki berpihak kepada mereka dengan mendapat naib juara. Kata adik pemenang juara cuma menang tipis dari mereka. Tersangatlah seronok sebab tidak disangka boleh mendapat markah yang agak bagus berbanding dengan murid2 yang membuat persiapan rapi.

Part yang paling sedih bila penyampaian hadiah (di buat selepas beberapa lama berlalu) murid yang terdahulu dipilih untuk mewakili sekolahnya yang naik ke pentas untuk mengambil piala dan sijil. Hati siapalah yang tak sedih kalau terjadi macam ini. Sekurang2nya hargailah murid yang telah bersusuah payah untuk menaikkan nama sekolah.

Harap cikgu atau pengetua lebih prihatin.

Kalau terjadi macam ini agaknya siapalah yang patut diberikan anugerah.



Thursday, October 24, 2013

Aku Melayu di Kota Inggeris

Salam...


gambar dari google


Saya baru habis baca buku diatas, penulisnya Muhaimin Sulam. Berasal dari Teluk Intan, Perak dan pernah tinggal di UK untuk meneruskan pengajian  PHD.

Buku ini banyak menceritakan sikap dan budaya orang barat yang elok kita jadikan contoh atau panduan. Buku ini juga ada menceritakan perbandingan sikap orang melayu dan orang barat. Ada sikap baik dan buruk orang barat mahu pun orang timur atau orang melayu.

Kebanyakkannya orang barat agak peramah dan berbudi bahasa berbanding orang melayu. Salah satu contoh mereka akan beratur dan mendahulukan orang tua, wanita dan kanak2 kalau naik kenderaan awam. Murah dengan senyuman, suka bertanya khabar dan juga suka menghulurkan bantuan jika ada yang memerlukan.

Orang barat amat mengambil berat tentang masa. Selalu kita dengar orang cakap janji melayu, kenapa adanya perumpamaan sedemikaan rupa. Ini menandakan masa orang melayu tidak pernah tepat. Sikap orang barat yang juga suka mengamalkan kebersihan tak kiralah dirumah mahu pun diluar. Contohnya tandas kalau di negara kita agak memalukan bila bercerita tentang tandas terutamanya tandas awam.

Orang barat juga suka menggunakan kenderaan awam atau hanya menggunakan basikal untuk ke destinasi yang mereka mahu pergi. Ini bermakna jalan raya yang terdapat dinegara mereka tidak sesak dan tidak susah untuk mendapatkan parking. Laluan lorong khas untuk berbasikal juga disediakan untuk membolehkan mereka tidak bersaing dengan kenderaan lain.

Ada rakan2 kita yang tinggal diluar negara selalu menceritakan bagaimana mereka boleh makan buah2an percuma dari ladang yang diusahakan oleh orang barat. Kadang2 buah2an yang dimakan lebih banyak dari yang dibeli untuk dibawa balik. Kalau di negara kita ada nampak buah2an masak ranum bergayut diatas pokok tuan punya tidak akan mempelawa untuk menikmatinya selain dari ahli keluarga atau kenalan.

Jenayah dinegara kita sekarang agak menakutkan. Perompak dimana2 saja ada berkeliaran, mencari mangsa bila ada kesempatan. Jangan sesekali berjalan seorang diri ditempat yang sunyi atau diwaktu malam. Memakai barangan yang berharga contohnya memakai barang kemas perlulah berhati2. Orang barat selalunya bila keluar akan memakai pakaian yang agak mahal terutamanya wanita yang suka memperagakan handbag yang puluhan ribu harganya. Rumah mereka juga tidak menggunakan jeriji untuk cermin tingkap. Agak susah untuk mentafsir, bukan bermakna tidak ada perompak dibarat.

Perpustakaan dinegara mereka ada menyediakan bahagian untuk warga emas. Mereka boleh melayari internet, membaca buku atau sekadar membaca surat khabar. Boleh juga berkumpul dan berbincang sesama mereka berkenaan isu semasa atau topik2 yang boleh buat mereka gembira. Cara yang mereka lakukan boleh menghilangkan rasa jemu kalau hanya duduk dirumah atau hanya berbaring diatas katil bila sudah mencapai usia yang agak lanjut.

Ada satu sikap mereka kalau boleh saya ingin amalkan bila sudah menjadi warga emas nanti. Ingin terus menjadi merpati dua sejoli bersama hubby, romantik, berpegangan tangan bila berjalan. Masaalahnya boleh ke dipraktikkan dinegara kita yang lebih kepada budaya hormat dan tidak menunjuk2.

Saya cuma ambik sedikit contoh dari buku diatas untuk kita renungkan, kalau nak tahu lebih lanjut beli dan bacalah untuk panduan masing2. Saya juga harap jangan ada yang menganggap saya terlebih puji orang barat sebab saya mempunyai menantu omputih. Sekiranya terdapat kesilapan ampun dan maaf dari saya.


Monday, October 21, 2013

Harrods KLCC vs Harrods London

Salam...


Sebelum my hubby terbang ke Manchester saya bawa dia ke Harrods yang berada di KLCC. Saya bawa juga ke Marks & Spenser sebab nak usha2 kalau ada barang yang berkenan dihati. Nanti senang bagi hubby untuk mencari barang yang saya nak kirim bila sampai di London. Kebanyakan barang yang dijual disana lebih murah berbanding di negara kita.

Hubby ke Manchester atas urusan kerja tapi dia mengambil kesempatan menambah hari untuk tinggal lebih lama. Salah satunya hubby nak ke London dan yang paling penting nak ke Portsmouth untuk bertemu dengan cucu kesayangan. Jeles juga saya tak dapat ikut, berkorban menemankan adik sebab tak lama lagi dia akan menghadapi SPM.

Gambar terbaru cucu saya.

Sebulan setengah selepas balik dari Malaysia

Muka mengantuk. Hehe

Saturday, October 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam...

Lamanya saya tak mengupdate blog. Entah apa2 yang saya buat sampai tak sempat nak buat N3 baru. Banyak cerita kawan2 yang saya sudah tertinggal. Walau bagaimana pun saya harap semuanya sihat dan bahagia disamping keluarga.

Tak lama lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Tentu ada yang membuat persiapan sama ada menyediakan kuih muih atau menghias rumah. Kalau yang masih ada ibubapa yang tinggal dikampung sudah semestinya pulang beraya disamping keluarga tersayang. Seronok kan kalau balik kampung. Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan2 blogger saya dan juga yang berada diluar sana.



 Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami....